Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

[FAQ] Mahkamah Persekutuan membenarkan Undang-Undang Syariah Selangor berkenaan Persetubuhan Luar Tabii Disemak Semula

Oleh Queer Lapis
Diterjemahkan oleh Saiful Haszrul Hakimi

Read in English.

Berita berkenaan beberapa kes di mahkamah sivil tentang semakan semula seksyen 28 baru-baru ini akan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya individu LGBTQ.

Permohonan untuk menyemak semula Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang menjenayahkan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii telah  dibuat pertama kali di kedua-dua Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi. Ini adalah apa yang anda perlu tahu:

Apakah yang berlaku berlaku?

Queer Lapis telah melaporkan mengenai 11 orang lelaki (kini 12 orang) yang telah di tuduh dibawah Seksyen 28 (yang dibaca bersama Seksyen 52) untuk percubaan melakukan hubungan seks. Mereka telah ditahan pada November 2018 dan telah menjalani perbicaraan di Mahkamah Syariah lewat tahun 2019. Anda boleh lihat di sini untuk pengenalan berkenaan kes ini.

Salah seorang daripada mereka yang mengaku tidak bersalah telah pergi ke mahkamah sivil bagi menyemak semula tuduhan ini dengan memfailkan dua permohonan:

  • Semakan kehakiman di Mahkahmah Tinggi yang menghujahkan bahawa Seksyen 28 adalah tidak selari dengan hak asasi manusia seperti yang tersenarai dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Petisyen kepada Mahkamah Persekutuan yang menghujahkan bahawa Negeri Selangor tidak mempunyai bidang kuasa dalam menggubal Seksyen 28.

*Kebenaran untuk semakan kehakiman telah diberikan pada Januari 2020. Kebenaran ini bermaksud bahawa hakim bersetuju bahawa kes yang dibawa adalah sah dan mereka telah membenarkan pembicaraan substantif secara penuh yang akan berlangsung kemudian. Walau bagaimanapun, semakan kehakiman ini telah ditangguhkan bagi memberi ruang kepada permohonan petisyen.               

**Kebenaran terhadap petisyen ini telah diberikan pada 14 Mei 2020 dan keputusannya telah diterbitkan pada 27 Mei 2020. 

Lihat laporan di Malay Mail dan Malaysiakini.

Di mana boleh saya dapatkan ringkasan berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan?

Ringkasan berkenaan pembicaraan dan keputusan penuh yang telah dibuat oleh hakim boleh dibaca di sini.

Apakah isu-isu berkaitan Seksyen 28?

Infografik ini boleh menerangkan mengapa Seksyen 28 adalah tidak selaras dengan Perlembagaan dan bagaimanakah ia memberikan kesan terhadap hak-hak kita.

Apakah pandangan komuniti LGBTQ berkenaan kes ini?

Ini adalah sedikit petikan daripada kenyataan bersama yang telah dikeluarkan oleh jaringan LGBTIQ di Malaysia berkenaan kes ini:

Jurucakap Jaringan LGBTIQ+, Thilaga Sulathireh, Numan Afifi, dan Chong Yee Shan, menyatakan, ‘Berdasarkan pengalaman lepas, mungkin ada yang akan menganggap bahawa petisyen ini mencabar agama, tetapi asas kepada petisyen ini adalah pembelaan diri terhadap ketidakadilan dan sikap tidak berperikemanusiaan’, mereka berkata lagi ‘Kami berharap berlakunya perbincangan tentang penghakisan batasan di antara Persekutuan dan Negeri, privasi dan komuniti dan sebab-sebab peningkatan diskriminasi yang tidak terkawal terhadap individu LGBT akan tercetus.‘

Walaupun negeri-negeri berkuasa untuk menggubal undang-undang bagi orang Muslim, mereka tidak dibolehkan membuat undang-undang yang sudah wujud – seperti dalam, Perkara 1 dalam senarai Negeri yang membenarkan Negeri ‘mewujudkan dan menghukum kesalahan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu’ kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan ‘. Seksyen 28 Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) bertindih dengan Seksyen 377 dan 377A Kanun Keseksaan, undang-undang Persekutuan. Ini tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Klik sini untuk membaca kenyataan penuh.

Saya ingin membantu komuniti LGBTIQ dalam memperjuangkan hak berperlembagaan mereka! Bagaimanakah boleh saya bantu?
  1. Sumbangan. Pelangi Campaign menyasarkan sebanyak RM200,000 untuk dikumpul oleh komuniti kita sepanjang perjuangan undang-undang ini dijalankan. Sumbangan diperlukan untuk yuran guaman, bantuan kewangan kepada 11 lelaki tersebut termasuk bantuan kesihatan mental. Sumbangan boleh dibuat melalui Pelangi Campaign di 8603744100 (CIMB | CIBBMYKL) dan emelkan slip bayaran ke ask@pelangicampaign.org.
  2. Libatkan diri. Isi borang ini dan kami akan hubungi anda secepat mungkin. Kami akan berkongsikan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi komuniti LGBTQ.
  3. Kongsikan pengalaman anda dengan kami. Kami sedang mengumpul pengalaman golongan LGBTQ  tentang bagaimana undang-undang ini boleh memberi kesan kepada kita untuk membina kes terhadap diskriminasi yang berlaku. Isi borang ini untuk berkongsi dengan kami secara peribadi.
Undang-undang bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Apakah bahan bacaan lain yang boleh saya baca untuk membantu saya berkenaan hal ini?

Berikut ialah antara sumber bahan-bahan berkenaan keadilan yang Queer Lapis sediakan untuk membantu anda:

Bacaan tambahan:

Leave a Reply