Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

Ringkasan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai perbicaraan memohon kebenaran

Read in English.

~~~~~~~~~

Siapa yang terlibat?

Pemohon = X yang diwakili oleh Surendra Ananth

Responden = negeri Selangor, yang diwakili oleh penasihat undang-undang negeri: Dato ’Masri bin Mohd Daud (bersama dengan Cik Siti Fatimah binti Talib)

Hakim: Abang Iskandar bin Abang Hashim

Apa yang kita (pemohon) mahukan?

Pengisytiharaann bahawa peruntukan yang disanggah adalah tidak sah dengan alasan badan perundangan negeri Selangor tidak memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang tersebut melalui petisyen.

Hakim dalam memberikan kebenaran pada 14 Mei 2020 menyatakan bahawa permohonan tersebut memenuhi dua syarat: 

  1. Kebenaran dikehendaki dan perlu kerana aduan pemohon yang mempersoal kompetensi Negeri dalam menggubal perundangan yang termaktub di dalam senarai Persekutuan
  2. Pemohon telah menunjukkan kes yang boleh dipertikaikan. Untuk berlaku adil, permohonan ini tidak boleh dianggap remeh atau penyalahgunaan proses mahkamah

Memetik kes Mamat bin Daud, di mana kebenaran diberikan untuk mengizinkan, “pemohon untuk menghujahkan kes mereka di hadapan mahkamah penuh mengenai perlembagaan dan taraf sah” Seksyen 28. Kebenaran diberikan.

Ringkasan

Bantahan-bantahan awal yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa Syarie negeri Selangor (responden):

  1. Pemohon telah salah menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden dalam tindakan ini kerana negeri Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan, menguatkuasakan atau mendakwa di bawah Enakmen. Oleh itu, permohonan ini adalah cacat dan harus dibatalkan dari awal (on the threshold). Responden menyatakan bahawa pemohon seharusnya menamakan Majlis Agama Islam Selangor dan / atau Jabatan Agama Islam Selangor sebagai pihak-pihak, kerana badan-badan ini mempunyai pemahaman yang lebih baik berhubung perkara yang ditimbulkan kerana mereka berurusan dengan pihak pendakwaan dan merupakan agensi pelaksana Seksyen 28.
  2. Permohonan adalah remeh. Artikel 3, 11(4) dan 74 dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang yang berkenaan dengan senarai Negeri (senarai kedua dalam jadual kesembilan) atau Senarai bersama (senarai ketiga dalam jadual kesembilan.

Jawapan kepada bantahan 1

Pertikaian memfokuskan pada kompetensi Negeri untuk menggubal perundangan, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Negeri mesti dinamakan sebagai pihak.

Ini hanya peringkat kebenaran. Pada peringkat ini, mahkamah hanya perlu mempertimbangkan sama ada seksyen 28 (peruntukan yang disanggah) telah digubal mengikut bidangkuasa Negeri Selangor sebelum memutuskan sama ada kebenaran harus diberikan.

Pihak-pihak lain boleh memohon untuk menjadi pencelah, jika mereka mempunyai kepentingan yang sah, sewaktu pendengaran substantif kelak.

Bantahan awal ditolak kerana kekurangan merit.

Jawapan kepada bantahan 2

Hakim menyatakan bahawa pendekatan yang digunakan untuk memfailkan permohonan ini adalah betul. 

Perkara 4(h) dalam Senarai Persekutuan mengatakan 

“4. Undang-undang dan prosedur sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk –

(h) pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan; “

Klausa yang menghalang pada Perkara 1, Senarai Negeri adalah kritikal. 

… pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan

Hakim merungkai isu berkenaan definisi ‘undang-undang jenayah’ dalam Senarai Persekutuan 

  1. Dalam kes Sulaiman Takrib, mahkamah telah memutuskan bahawa definisi ‘undang-undang jenayah’ di bawah Senarai Persekutuan adalah terlalu luas dan apa-apa sahaja boleh dikategorikan sebagai undang-undang jenayah 
  2. Kanada juga mengalami isu yang sama. Mereka juga mempunyai dewan perundangan Persekutuan dan daerah. Mahkamah Agung Kanada mengakui terdapatnya isu dengan definisi tradisional undang-undang jenayah, yang juga terlalu luas dan membenarkan Parlimen Persekutuan untuk menggubal apa-apa undang-undang atas nama undang-undang jenayah 
  3. Bagi satu-satu undang-undang itu untuk diterima sebagai undang-undang jenayah yang sah, ia mestilah memenuhi kriteria berikut 
    1. Merujuk kepada kesalahan 
    2. Penalti 
    3. Tujuan, iaitu address perkara-perkara berkenaan keamanan, keselamatan, moraliti, kesihatan atau tujuan yang serupa 

Bagi tujuan perbincangan ini, seks di luar tabii mungkin mempunyai tujuan undang-undang jenayah – prinsip moral. Seksyen 377 dan 377A merupakan undang-undang yang diperkenalkan di zaman penjajahan British. Seksyen 377 diperkenalkan atas dasar prinsip moral pada waktu itu. Tujuan ini membenarkan kerajaan Persekutuan untuk menggubal Seksyen 377 dan 377A seperti yang tersenarai dalam item 4 Senarai Persekutuan. 

Responden telah mengemukakan bahawa Seksyen 28 dan Seksyen 377 sebagai tidak serupa. Hakim bersetuju dengan peguam pemohon bahawa dalam menentukan sama ada Seksyen 28 digubal dengan betul, adalah mustahak untuk melihat intipati perkara tersebut. Perkara ini harus disuarakan atau dirungkai atau disoal siasat oleh mahkamah tertinggi yang lebih lengkap.

Responden juga berpendapat bahawa Seksyen 28 bertujuan menangani tindakan seksual yang tidak wajar, yang dianggap bertentangan dengan perintah Islam.

Persoalan pokok di dalam aduan ini adalah berkenaan kompetensi negeri menggubal Seksyen 28, seksyen yang disanggah sebagaimana tersenarai di dalam senarai Persekutuan dan Negeri. Aduan tersebut tidak mempersoalkan perintah agama atau orang Muslim yang tertakluk kepada dua set undang-undang. Aduan tersebut, bagaimanapun, mempersoalkan taraf sah Seksyen 28, memandangkan klausa yang menghalang di dalam Perkara 1 dalam di dalam senarai Negeri, yang mengehadkan kuasa Negeri untuk menggubal undang-undang yang sudah ditangani di bawah senarai Persekutuan.

Dalam kes Mamat bin Daud, mahkamah memutuskan bahawa jika kesalahan yang sama telah diwujudkan dan boleh ditemui di dalam udang-undang persekutuan sejak sebelum Hari Kemerdekaan, ia mesti diterima sebagai ‘kesalahan jenayah’.

Perkara lain yang menarik

Responden juga menyatakan bahawa ‘tidak ada yang salah selagi orang yang dituduh tidak didakwa dua kali atas kesalahan yang sama.’

[FAQ] Mahkamah Persekutuan membenarkan Undang-Undang Syariah Selangor berkenaan Persetubuhan Luar Tabii Disemak Semula

Leave a Reply