Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

Bye Aisyah: Kawan Homofobik Bukanlah Kawanku

Oleh Meon | 9 Disember 2020

Ketika komuniti LGBTQ meminta orang ramai untuk memboikot lagu baru kumpulan Bunkface berjudul “Akhir Zaman” awal tahun ini, kawan baik saya Aisyah dengan agresifnya menentang. Dia menyokong tindakan kumpulan Bunkface. Dia seperti bersetuju bahawa golongan LGBTQ patut ‘pergi mampus’. Saya benar-benar kecewa. Daripada situ, saya mula nampak siapa dirinya yang sebenar. Dia bukan seorang kawan yang baik untuk saya. Saya tidak selamat berada di sisi dia.

Sebelum ini, saya anggap Aisyah seperti kakak saya sendiri kerana kami membesar bersama. Dia bersama dengan saya hampir 20 tahun. 

Sepanjang persahabatan kami, ada beberapa insiden lagi yang pernah menimbulkan rasa kurang selesa saya terhadapnya. Antara contoh yang boleh saya ingat adalah komennya terhadap seorang pelajar lelaki yang ditangkap menjalin hubungan seksual dengan pelajar lelaki lain di kolej. Aisyah berkata, “Aku geli dengan lelaki yang macam ni.” Waktu itu, saya hanya mampu tertawa, biarpun jauh di sudut hati, saya takut untuk memberitahunya tentang siapa diri saya yang sebenar.

Kelantangan saya dalam menyuarakan hak-hak kemanusiaan terhadap golongan LGBTQ di Malaysia bermula beberapa tahun yang lalu selepas saya menyantuni golongan transgender wanita. Saya akan membidas komen-komen berbaur homofobik atau transfobik dalam kalangan rakan-rakan saya di media sosial. Lebih-lebih lagi salah faham terhadap HIV, AIDS, gender, dan juga seksualiti.

Sewaktu nama Nur Sajat mula naik, ramai rakan saya yang suka memberi pandangan negatif mereka. Ini termasuklah Aisyah yang selalu berjenaka tentang gender Nur Sajat. Saya pernah memanggil dia transfobik kerana komennya itu. Tapi sayang, ianya tidak memberi kesan. dia berterus-terusan mempamerkan kebencian terhadap golongan LGBTQ di Malaysia.

Saya berdiam diri saja kerana terlalu sayangkan persahabatan kami. Saya menyimpan azam untuk mengubah persepsi dia terhadap golongan LGBTQ di Malaysia. Tapi sayang, saya tidak sempat berbuat sedemikian.

Siapakah Kawan Sebenar

Pada mulanya, saya menganggap bahawa semua kawan heteroseksual saya sama seperti Aisyah. Terlalu obses untuk berdakwah kepada golongan LGBTQ untuk ‘kembali ke pangkal jalan’. Lagu baru Bunkface itu telah membuka mata saya untuk melihat siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. Ramai saja kawan-kawan saya yang heteroseksual turut menentang dan memboikot lagu tersebut. Bagi mereka, menyebarkan kebencian bukanlah cara terbaik untuk menyantuni golongan LGBTQ.

Sebab itulah, saya tidak ralat ketika saya mengambil keputusan untuk memutuskan persahabatan dengan Aisyah. Jika benar Aisyah menganggap saya seperti adiknya, dia patut terima siapa diri saya. Dia tidak boleh mengubah siapa diri saya. Banyak kali dia mengucapkan kata sayang pada saya. Sayangkah dia pada saya jika dia bersetuju bahawa saya ini patut pergi mampus? Ikhlaskah dia berkawan dengan saya kalau dia setuju bahawa kebencian terhadap golongan yang sama seperti saya diteruskan?

Pada hari jadi saya tahun ini, dia ada cuba untuk berbaik semula. Tapi dia tidak meminta maaf pun. Dia sekadar mahu tahu sama ada saya masih marah padanya lagi ataupun tidak. Saya tidak membalas mesejnya itu kerana sakit hati ini masih terasa.

Selepas kes lagu Bunkface itu, lebih ramai lagi kenalan yang telah mendapat nasib yang sama. Sebagai seorang insan yang pernah dibuli, dipulau dan dikeji sewaktu di zaman persekolahan, saya tidak teragak-agak untuk menentang mereka yang menentang kewujudan saya. Saya tidak gentar untuk memutuskan hubungan silaturahim biarpun tindakan saya dianggap seperti tidak matang. Bagi saya, saya mempunyai hak untuk memilih siapa kawan saya. Jika kawan saya itu seorang homofobik, dia bukanlah kawan saya yang sebenar.

Nak Berkawan Silakan, Tak Nak Sudah!

Untuk Aisyah yang masih saya sayangi, sekiranya anda terjumpa kalam ini, saya harap satu hari nanti, anda akan nampak yang saya masih sahabat anda yang sama. Yang pernah menjadi teman sepermainan anda. Yang pernah bercuti di Pulau Pinang bersama anda dengan rakan-rakan sekelas kita. Yang sentiasa menemani anda menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan yang kita kenali. Yang ada ketika anda mendirikan rumah tangga dan melahirkan puteri sulung.

Saya masih lagi sahabat anda yang dulu. Jika anda masih mahu menyebarkan kebencian terhadap golongan LGBTQ, jangan pernah mimpi untuk cari saya lagi. Cari saya hanya pabila kebencian yang tertanam dalam hati anda itu hilang. Semoga anda berbahagia dengan keluarga dan juga rakan-rakan kita yang berpihak kepada anda.

 ~~~

Meon seorang penganggur terhormat yang kini sedang menjadikan cerita hidupnya sebagai bahan jenaka apabila bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama. Pernah tular sekitar tahun 2015 dengan karya erotika bertajuk Helokz di Wattpad.

10 Comments

  • Vaio
    at

    Sedihnya. Semua orang ada hak untuk berpendapat. Dan hak ini melebihi betul atau salah, tapi kita hidup ini berpijak di bumi dan perlu berpaksikan realiti. Memutuskan hubungan dengan kawan selama 20 tahun sebab lagu ataupun pandangannya terhadap seksualiti memang langkah tidak matang dan sejujurnya tidak cerdik. You shouldve known better

    • Meon
      at

      If your opinion threatens other people’s very existence (read Pergi Mampus LGBT), it’s no longer an opinion. You should’ve known better.

    • Chris
      at

      Apa guna terus berkawan kalau harus terus berpura2? Mahu anda terus berkawan dengan orang ya g berpura2 dengan anda? Baik putus shj kan?

      Anda boleh komen sayang putus persahabatan kerana anda tak faham kehidupan seorang LGBTQ itu mcm mana. Bahaya di mana2, bila2 masa shj apa2 pun boleh terjadi. Ingat tak berita ada seorang kena pukul sampai masuk hospital hanya kerana dia transgender? Anda sokong perbuatan kumpulan pembenci LGBTQ itu?

  • Suzaku
    at

    Yes you have the right to an opinion and the author has a right to feel safe. Perhaps it could have been handled better but the author did say effort has been made to change her mind. It does feel wasteful but clinging on when the friend you made may no longer be the right friend for you as you mature and age is part of life really. The author needs to do what is best for themselves for their own sanity and mental health. Friends are family you choose. You can choose to let them go when they do not feel like family anymore.

  • LNishel
    at

    There’s a fine line between ditching your best friend for not liking your favourite punk rock band, and him believing that all gays should burn in Hell. Friends come and go. People follow different paths in life. We are all free to believe in whatever we choose to believe. We are also free to choose the company we keep. I have many people I once considered my best friend’s who’re now complete strangers and that’s okay.

  • Pelukis
    at

    Saya juga ada beberapa kawan yang homofobik dan transfobik. Bagi rakan2 yang baru kenal, mungkin lebih mudah untuk putus kawan. Bagi yang dah lama kenal, saya memahami betapa sukarnya untuk senang2 putus kawan. Jadi saya pilih untuk kurangkan interaksi dengan mereka, ‘unfollow’ atau ‘mute’ mereka dalam media sosial. Andai kata suatu hari kita putus kawan juga, itu bukan rezeki kita.

    Tapi saya memahami seseorang jika ingin putus kawan terus kerana rakan macam ni boleh mengganggu kesihatan mental. Saya tak rasa tindakan ini tidak matang. Matang atau tidak, itu subjektif.

    Kita pilih apa yang sesuai untuk diri sendiri.

  • KDeran
    at

    The reality is even after 20-year long relationship, if you can’t see beyond the surface of your friend and you value your own biased opinions (because damn what your friend thinks and feels since you’re right and just kan?), then your friend probably did the right thing and said “Bye, Aisyah”.

  • A
    at

    Kawan datang dan pergi, pengalaman peribadi membawa saya untuk bersetuju dengan keputusan penulis. Kerana sejauh mana pun kita bertoleransi dengan ‘fobik’ ini pasti akan ada rasa tak tertahan juga. Bebaskan diri dari kongkongan mereka ini merupakan suatu kemerdakaan!

  • AdaOtak
    at

    Ya semua org ada hak utk berpendapat dan juga hak utk memutuskan hubungan dgn org yg melukakan dan menghina mereka. Kawan yg semacam ini bukan sahabat sejati, baik jgn bazirkan masa.

  • Swishy
    at

    If hear this while closeted, I take it as a sign that it’s not safe to ever be honest with you about anything. I’m going to stay hidden & the “friendship” is a farce.
    If I’m out to you & you say this, I take it as a threat.
    There’s no friendship. You’re just someone I know & probably avoid.
    When I hear homophobic and transphobic comments, I feel I have no place here. However, it makes me more careful about what I say because I don’t want others to feel as unwelcome and unwanted as I do.