Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

UPR: Apabila rekod hak asasi manusia di Malaysia diletakkan bawah kanta pembesar

Oleh Justice For Sisters, terjemahan oleh Andi Suraidah (Click here for English version)

Pada bulan November 2018 ini, seluruh dunia akan memberi tumpuan kepada rekod hak asasi manusia di Malaysia. Waktunya telah tiba untuk Penilaian Berkala Sejagat (UPR) yang ke-3 di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva. Beberapa bulan akan datang, anda mungkin akan terlihat istilah ‘UPR’ dan ‘COMANGO’ di dalam media massa, yang seringkali digambarkan sebagai sesuatu yang negatif. Tetapi apakah sebenarnya COMANGO dan bagaimana ia boleh menarik perhatian ramai seteru yang berpengaruh dan berkuasa? Kami akan jelaskan. (Amaran: bahan bacaan ini boleh menjadi sedikit geeky dan birokratik, kami akan cuba permudahkannya, harap bersabar).

UPR, yang bermaksud Penilaian Berkala Universal adalah sebuah proses penilaian rekod hak asasi manusia oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa atau United Nations Human Rights Council (UNHRC) di mana kesemua 193 buah negara anggota akan dinilai setiap 5 tahun. Ingat, mereka adalah negara anggota. Ini bermakna kesemua 193 buah negara tersebut bersetuju melibatkan diri dengan proses penilaian hak asasi manusia di negara masing-masing, termasuklah Malaysia yang merupakan salah satu negara anggota. Ini antara salah satu proses yang menghimpunkan bersama pelbagai pihak untuk membayangkan dunia yang lebih baik untuk semua.

UPR diwujudkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia pada tahun 2006 bertujuan :

  • untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia di setiap negara;
  • untuk menyokong dan memperluaskan perlindungan hak asasi manusia di lapangan;
  • memberi bantuan teknikal dan mengukuhkan keupayaan negara, melalui perundingan dan dengan persetujuan negara berkenaan untuk menangani cabaran hak asasi manusia dengan berkesan;
  • untuk berkongsi amalan terbaik dalam medan hak asasi manusia di kalangan negara dan pihak berkepentingan yang lain

Negara anggota atau negara-negara lain dinilai berdasarkan:

  • Laporan kebangsaan oleh negara tersebut;
  • Laporan oleh pakar dan kumpulan hak asasi manusia bebas seperti Prosedur Khas, badan-badan perjanjian hak asasi manusia, dan badan-badan PBB yang lain;
  • Maklumat oleh pihak berkepentingan termasuk institusi hak asasi manusia kebangsaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs)

Kerajaan bagi setiap negara akan menyediakan laporan rekod hak asasi mereka. Jika anda tahu bagaimana kerajaan lazimnya berfungsi, anda pasti tahu bahawa kerajaan cenderung memperbesar-besarkan kejayaan mereka sementara kurang melaporkan tentang kegagalan mereka. Maka, proses UPR juga menerima laporan daripada institusi hak asasi kebangsaan (NHRI) dan organisasi masyarakat sivil. Di Malaysia, organisasi masyarakat sivil bergabung membentuk Gabungan NGO Malaysia dalam Proses UPR, yang melahirkan singkatan luar biasa, COMANGO.

COMANGO terdiri daripada 54 buah badan-badan bukan kerajaan di Malaysia. Di dalam ketiga-tiga kitaran UPR sebelum ini, COMANGO telah menyelaras dan mengemukakan laporan mengenai pelanggaran hak asasi manusia yang terus berlanjutan di Malaysia. Sebagai sebuah gabungan hak asasi manusia, COMANGO mengangkat prinsip-prinsip hak asasi manusia dan merangkum isu-isu hak asasi manusia secara menyeluruh. Ini bermaksud organisasi LGBTIQ dialu-alukan  menjadi sebahagian daripada keluarga besar hak asasi manusia di Malaysia. Akibatnya beberapa kumpulan yang tidak senang dengan sifat inklusif ini tidak berpuas hati dengan penglibatan kami. Selain isu LGBTIQ, isu kebebasan beragama, hak-hak wanita Muslim dan lain-lain juga turut dipertikaikan. Sifat inklusif ini mengakibatkan tindakbalas yang dahsyat terhadap COMANGO, kumpulan hak asasi manusia dan para pembela hak asasi manusia. COMANGO dilontarkan tuduhan sebagai ‘tidak Islamik’ dan dianggap sebuah gabungan yang tidak sah oleh Kementerian Dalam Negeri pada Januari 2014.

Laporan Malaysia

Laporan oleh kerajaan

kitaran 1 | kitaran 2 | kitaran 3

Laporan oleh NHRI atau SUHAKAM

kitaran 1 | kitaran 2 | kitaran 3

Laporan oleh kumpulan organisasi sivil

kitaran 1 | kitaran 2 | kitaran 3

Ringkasan maklumat kumpulan berkepentingan yang lain

kitaran 1 | kitaran 2 | kitaran 3

Penyusunan maklumat PBB

kitaran 1 | kitaran 2 | kitaran 3

Kumpulan Kerja UPR

Kumpulan Kerja UPR, yang terdiri daripada 47 buah negara anggota Majlis Hak Asasi Manusi PBB (UNHRC), yang dipengerusikan oleh Presiden Majlis, akan membuat penilaian ke atas laporan-laporan yang dihantar dan kemudiannya menyediakan sebuah laporan penilaian. Setiap negara akan dinilai oleh negara lain berdasarkan kepada laporan yang dihantar.

Penilaian Malaysia – Sesi ke-17 Penilaian  Berkala Sejagat

Selepas penilaian dijalankan, akan berlaku proses penerimagunaan semua cadangan yang diterima oleh negara yang sedang dinilai. Ia bergantung sepenuhnya kepada negara yang dinilai sama ada akan menerima, mengambil maklum atau menolak cadangan yang diberikan. Semua cadangan yang diterima didokumenkan oleh UNHRC.

Laporan hasil kumpulan kerja mengenai kitaran UPR Malaysia

Kitaran 1 | Kitaran 2 | Kitaran 3

Cadangan kepada Malaysia

Cadangan oleh negara-negara lain ke negara yang sedang dinilai melibatkan pelbagai bidang seperti pendidikan, pembangunan, hak-hak orang asli, hukuman mati dan banyak lagi. Memandangkan UPR adalah proses penilaian yang diterajui oleh sesebuah negara, negara-negara yang dinilai boleh menerima, menolak atau mengambil maklum cadangan yang diterima. Cadangan yang telah diterima dijangka dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun atau di antara setiap kitaran.

Cadangan yang diterima oleh Malaysia bagi setiap kitaran UPR
Kitaran Jumlah cadangan

yang diterima

Diterima Ditolak Dimaklum
1 (Feb 2008) 103 62 22 19
2 (Oct 2013) 235 150
85
3 (Nov 2018)
Cadangan berhubung LGBTIQ atau orientasi seksual dan identiti gender

Dalam kedua-dua kitaran UPR, Malaysia menerima cadangan berhubung orientasi seksual dan identiti gender. Dalam kitaran 1, Malaysia hanya menerima 2 usul atau cadangan berkaitan dengan SOGI, salah satu daripadanya adalah memansuhkan penjenayahan homoseksualiti dan satu lagi mengenai menghormati dan memberhenti merawat homoseksualiti sebagai gangguan perubatan. Dalam kitaran ke-2, bagaimanapun, Malaysia menerima 7 cadangan dan 3 soalan awal. Semua cadangan diambil maklum.

Cadangan UPR

Kitaran 1

UPR

Kitaran 2

Memansuh penjenayahan hubungan

seksual di antara orang dewasa yang

bersetuju

2 5
Anti diskriminasi 3
Cadangan berkaitan LGBTIQ di dalam kitaran 1
Nombor

cadangan

Cadangan Negara Status
76(f) Penghapusan standard yang membenarkan diskriminasi atas dasar seksual orientasi seseorang daripada Kanun Keseksaan Chile Dimaklum
88(a) Menghormati hak asasi semua individu, termasuk golongan homoseksual, dengan memansuhkan penjenayahan homoseksualiti Perancis Dimaklum
Cadangan berkaitan LGBTIQ di dalam kitaran 2
Nombor

cadangan

Cadangan Negara Status
146.98 Mengambil langkah-langkah perundangan dan praktikal untuk menjamin agar golongan LGBTI dapat menikmati semua hak asasi manusia tanpa diskriminasi Jerman Dimaklum
146.99 Memperkenalkan undang-undang yang akan memansuh penjenayahan hubungan seksual sejenis di antara orang dewasa yang bersetuju Croatia Dimaklum
146.100 Memansuhkan penjenayahan homoseksualiti dan menghormati hak asasi golongan LGBT Perancis Dimaklum
146.101 Mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membenteras diskriminasi berdasarkan orientasi seksual Argentina Dimaklum
146.102 Menghapus peruntukan yang menggalakkan diskriminasi terhadap seseorang berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender mereka Chile Dimaklum
146.103 Memansuhkan peruntukan Kanun Keseksaan Malaysia yang menjenayahkan kelakuan seks sejenis di antara orang dewasa Belanda Dimaklum
146.104 Menetapkan undang-undang yang melarang keganasan berdasarkan orientasi seksual, dan memansuhkan undang-undang yang secara langsung atau tidak langsung menjenayahkan aktiviti hubungan seks sejenis yang dipersetujui Kanada Dimaklum
Soalan awal
Negara Soalan awal
Belanda Adakah kerajaan akan menyokong komuniti LGBT agar diterima sebagai sebahagian daripada visi 1Malaysia yang bersatu?
UK Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan dalam menangani kebimbangan Suhakam mengenai “penganiayaan, diskriminasi, buli, fitnah, penghinaan dan intimidasi kumpulan minoriti seksual “?
US Hak Asasi Golongan LGBT: Di dalam laporan kebangsaannya, Kerajaan Malaysia menekankan komitmennya untuk mempertimbangkan keperluan golongan yang paling rentan apabila melindungi hak asasi manusia. Golongan LGBT terdedah kepada keganasan dan diskriminasi. Tindakan tertentu oleh pihak kerajaan Malaysia telah meningkatkan kerentanan golongan LGBT, termasuk menaja pementasan yang seperti bertujuan memperkecil komuniti LGBT, menganjurkan seminar mengenai bahaya gaya hidup LGBT, dan menghantar kanak-kanak lelaki yang dilihat mempamerkan kecenderungan keperempuan-perempuanan ke kem pelatihan untuk “dipulihkan”. Apakah langkah-langkah khusus yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia untuk melindungi komuniti LGBT daripada keganasan dan diskriminasi?

Status pelaksanaan cadangan yang diterima dan cadangan yang dimaklum harus dilaporkan di dalam kitaran berikutnya atau di dalam penilaian separuh penggal, yang merupakan proses pilihan.

Apa yang berlaku sekiranya sebuah negara tidak bekerjasama dengan UPR?

Apabila sesebuah negara berulang-ulang kali gagal bekerjasama dengan UPR, UNHRC akan memutuskan langkah-langkah yang akan diambil. Sebagai contoh, dengan meminta Presiden Majlis menggesa Negara yang sedang dinilai untuk menyambung semula kerjasama melalui mekanisme UPR. UNHRC juga boleh merujuk kes tersebut ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA).

Anda juga boleh mencari kesemua cadangan yang diterima oleh Malaysia serta cadangan yang dibuat oleh Malaysia kepada negara lain di dalam kitaran UPR di info UPR.

Cadangan tidak secara langsung tetapi berhubungkait tentang LGBTIQ dan SOGI
Nombor

cadangan

Cadangan Negara Status
146.94 Melancarkan dasar kebangsaan yang menyeluruh berkenaan kesetaraan gender dan tak berdiskriminasi Columbia Dimaklum
146.95 Terus mempromosikan kesetaraan gender dan pemberdayaan wanita Singapura Diterima
146.96 Meneruskan langkah-langkah yang bertujuan untuk membenteras diskriminasi gender, terutamanya berhubung dengan wanita migran Argentina Dimaklum
146.192 Melaksanakan pendidikan yang memberi pespektif gender di semua peringkat, terutamanya dengan menyediakan pelatihanan gender untuk para guru Timor

-Leste

Diterima
146.193 Melaksanakan perspektif gender dalam pendidikan di semua peringkat, termasuk pelatihan guru, serta menetapkan dasar dan langkah-langkah bersesuaian untuk melibatkan kanak-kanak dari semua latar belakang di dalam sistem pendidikan kebangsaan Bulgaria Diterima
146.194 Mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan perspektif gender dalam pendidikan di semua peringkat, termasuk melatih para guru Palestin Diterima
146.195 Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertimbangkan aspek gender di semua peringkat sistem pendidikan, termasuk pelatihan guru Kyrgyzstan Diterima
146.196 Berkongsi amalan terbaik dalam pendidikan dan mempromosi perspektif gender di semua peringkat pendidikan dan pelatihan para guru melalui langkah-langkah bersesuaian Vietnam Diterima

Oleh sebab penilaian ini merangkumi laporan-laporan oleh organisasi bukan kerajaan, kita sebagai warga negara juga boleh memainkan peranan di dalam proses UPR.

Leave a Reply