Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

Muah Semua! Ciuman Mulut Laser Temah Tonggek!

Memperkenalkan Temah Tonggek! Lukisan oleh Norhayati Kaprawi

Kita seringkali dimomokkan tentang pengakhiran hidup seorang Mak Nyah, bagaimana aibnya mati jika “menjadi” Mak Nyah. Tentang kisah-kisah zaman dulu kala yang direka, diolah supaya lebih dramatis kononnya mayat tak diterima bumi, jasadnya yang busuk serta berulat, dan segala macam lagi keburukan.

Cerita Mak Nyah juga sering dipapar secara buruk terutamanya dalam laporan dan juga tajuk berita bagi mencapai pembeli/pembaca yang disasarkan. Kalau terlalu positif dan berwawasan, sudah pasti tiada yang membaca. Judulnya harus gempak serta ditambah garam dan gula secukup rasa. Padahal mungkin cerita asalnya Mak Nyah tersebut “tertelan biji nangka” tetapi diwarta sensasikan punca kematian dengan tajuk “Mati Tak Sempat Bertaubat” atau “Padah Menjadi Insan Songsang”. Nah bukankah tajuk itu lebih gempak dan menarik perhatian? Tersembur biji mata para netizen!

Ironinya, kisah-kisah seperti Ini bukan perkara baru dan ia akan terus berulang. Seolah-olah lahirnya seorang Mak Nyah ke bumi yang indah ini ditakdirkan menjadi selebriti tanpa dipinta. Kehidupan Mak Nyah dijadikan seperti program realiti, diperhatikan 24 jam dalam pengawasan samaada oleh netizan, media massa, golongan ularmak, penguatkuasa, ahli politik dan juga pihak pemerintah. Bajunya, tingkahlaku, suara, sosok badan diteliti dan diperkatakan saban hari seperti tiada titik noktah. Sudah seperti kehidupan selebriti mahunya. Segala tindak tanduk diperhatikan, kalau ayat lebih dramatik, “jika tiada wujudnya Mak Nyah, maka dunia ini seperti dalam zaman kegelapan yang murung dan si pemerhati-pemerhati ini boleh mati kejung kerana tiada hiburan atau bahan untuk dicerca dan dihina”. Begitulah hebatnya penangan Mak Nyah!

Netizen apatah lagi, berlumba-lumba dahagakan cerita busuk dan lucu tentang Mak Nyah. Cerita Mak Nyah seperti oksigen. Mereka merasa puas dan gembira jika Mak Nyah melenting dan marah setelah dihina dan cerca, nikmatnya seakan klimaks dan pancut bertalu-talu secara berjemaah. Mereka tertepuk keriangan jika Mak Nyah terguris perasaannya, sebelah tangan menadah kesyukuran sambil sebelah lagi menerokai wechat mencari kerang dan punai bersaiz jari kelingking.

“Menghulurkan bantuan”

Di sudut lain, timbul pula pihak yang entah datang dari mana berpusu-pusu “menghulurkan bantuan” menjadi penyelamat untuk “mengembalikan” Mak Nyah “ke jalan yang benar”, datangnya mereka seperti dibisik dan dirasuk sesuatu. Mereka yakin dengan cara dan pendekatan mereka boleh sahaja merawat masalah Mak Nyah sepenuhnya. Mereka yakin jika Mak Nyah memakai pakaian lelaki semula semuanya akan berakhir. Tidak lagi wujudnya Mak Nyah dan golongan Mak Nyah ini telah dipulihkan. Mereka bercerita dan bertindak seolah-olah pernah hidup sebagai dan mempunyai jiwa Mak Nyah.

Kisah A sampai Z setiap seorang Mak Nyah itu amat menarik, mereka bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang bersifat plastik. Ada yang benar-benar ikhlas (boleh dihitung dengan jari jika ada pun), ada yang beragendakan wang ringgit, ada pula tampil untuk nama dan pangkat kedudukan semata-mata dan bermacam-macam lagi fiil manusia yang ditemui. Lebih teruk lagi kalau Mak Nyah tersebut seorang pekerja seks, aduh… lagilah pelik dengan kehendak lelaki yang dahagakan perilaku seks yang aneh-aneh. Kadang-kadang ada yang datang itu baru balik dari ceramah agama, ada juga yang baru selesai mengimankan solat. Eh… cerita tentang ni kita cerita lain kali ya, agak berat untuk dihadam. Bak kata orang, “Mana mungkin orang alim dan ahli syorga seperti ini melanggan Mak Nyah”… kan?

Kalau disusun 10 Mak Nyah dalam satu barisan dan kamu tanya soalan yang sama kepada mereka, “Seronok tak jadi Mak Nyah?” mereka akan ketawa terbahak-bahak kerana hakikatnya bagi seorang Mak Nyah, mereka tidak pernah “memilih” untuk “menjadi” seorang Mak Nyah. Ini kerana mereka sememangnya dilahirkan sebagai seorang Mak Nyah. Mana mungkin ada orang memilih kehidupan yang mereka tahu seumur hidup akan dicerca dan dihina?

Inilah perkara orang tidak pernah tahu atau tidak mahu tahu atau pura-pura buat tidak tahu. Dalam pemikiran mereka, kehidupan Mak Nyah adalah satu fasa dan pilihan, dan suatu hari nanti Mak Nyah itu akan “kembali ke fitrah”.

“Eh bagaimana pula dengan “bekas Mak Nyah” yang kembali menjadi lelaki, bukankah ada?”

Bekas? Ini istilah/terma yang direka kerana hidup dan mata seorang Mak Nyah sejati sama seperti perempuan. Tak ada wujudnya istilah “bekas Mak Nyah”.

Jika ada yang dulunya berpayu dara besar, berdagu runcing dan sekarang mereka menukar imej luaran, berkemungkinan mereka dulunya CROSS DRESSER, TRANSVESTITE, DRAG QUEEN atau individu yang keliru dengan gender sendiri. (Pengertian istilah ini boleh dicari di Google).

“Bagaimana pula dengan beberapa individu yang mengelar diri mereka pendakwah bekas Mak Nyah?”

Orang seperti ini harus dikasihani, mereka harus di beri rawatan mental. Kesian dengan jiwa mereka yang tidak tenteram dan bergolak dalam mencari identiti diri dan dahagakan penerimaan masyarakat. Kisah mereka tidak sama seperti kisah Mak Nyah lain, apa yang mereka lalui adalah kisah hidup mereka sendiri, tidak berkaitan dengan Mak Nyah lain.

“Tetapi ada yang menukar penampilan dan mereka masih seorang Mak Nyah?”

Sebenarnya iya, memang benar ada yang menukar penampilan tetapi jiwa mereka tetap Mak Nyah, apa sahaja sebab dan punca hanya mereka yang tahu. Kita tidak berhak untuk menilai. Mungkin disebabkan kerjaya, keluarga, usia, kesihatan dan sebagainya. Kerana Mak Nyah bukan hanya sekadar penampilan luaran tetapi jiwanya juga. Ada saja perempuan yang berambut pendek, berpakaian atau bersikap maskulin. Sama juga seperti Mak Nyah yang pelbagai rupa dan cara dalam berpenampilan. Bagaimana mereka mahu mengekpresikan diri terpulang pada diri sendiri.

Fuh… panjang lebar coretan kita wak, jarang sekali mahu mengolah ayat supaya manis dibaca tapi ada pengisiannya. Intipatinya, hidup jangan berpaksikan “apa kata orang” atau “terlalu pantas menjatuh hukum tentang hidup orang lain” kerana hidup kita sendiri belum ada yang pasti penghujungnya.

Mak Nyah adalah manusia biasa seperti anda, mereka tidak mempunyai kuasa sakti atau “Super power” untuk menurunkan bala atau membuat bumi kemarau mahupun mendatangkan tsunami. Jangan terlalu dipengaruhi filem X-men tau.

Akhirnya, hiduplah dalam toleransi dan berpada-pada, sama ada Mak Nyah atau tidak. Komuniti Mak Nyah juga harus pandai membawa diri dan tahu had dalam pergaulan, berpakaian mahupun dalam percaturan menuntut hak yang asas, jangan mengundang kebencian sedangkan kasih sayang boleh disemai. Muah semua 💋

~ ~ ~ ~ ~ ~

Ratu Cantik dalam Dunia Mak Nyah

U Will Be Remembered: Transgender Day of Remembrance 2018

Rise of crimes and violence against trans women needs urgent attention

Leave a Reply