Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

Lemari

Didalam lemari itu aku lihat
Ramai makhluk2 ketakutan
Takut akan kemungkiran
Pada azali yang ditetapkan

Didalam lemari itu aku lihat
Ramai makhluk2 yang kegusaran
Gusar akan kemungkaran
Pada budaya yang diagungkan

Didalam lemari itu aku lihat
Ramai makhluk2 yang berteriakkan
Teriak dalam tangisan
Tangisan kerana dilahirkan berlainan

Lemari itu menyembunyikan
Makhluk2 tuhan yang berantakan
Kerana ketakutan pada norma insan
Kerana pahamnya tentang tuhan
Amat berlainan dari sekalian

Lemari itu penuh
Dengan dendam dan air mata
Dengan teriak tanpa tawa
Tradisi budaya yg memati jiwa
Dengan lelah, penat dan siksa

Bumi masih luas untuk kita
Usah jadikan lemari itu dunia
Kerna Sang Pencipta mencipta
Dengan alasan yang mereka tak sangka

Ditanah ini ada hak haknya
Si penghuni Lemari……

Bersembunyi Kita di dalam Almari,
Walaupon kita semua seindah Pelangi. ❤

~ ~ ~

Karya oleh Hazrul
Illustrasi oleh Brian Stauffer

Leave a Reply